Tuesday, May 8, 2012

tak dapat :(

tak dapat interview tu...gila sedih...takpe2, rezeki tak ada tu. :')
leh je perform yg terbaik kt tempat lain. matriks kan ada? moga2 leh berjaya kat sini :)
tapi..........waaaaaa....sedihhhhh.......T___________T

Wednesday, April 18, 2012

IF I...


sekarang semua budak lepasan SPM 2011 tengah busy apply itu dan ini. cari biasiswa itu dan ini. dan sudah tentu keutamaan diberi kepada pelajar yang cemerlang. aku telah pun meng'apply' MARA under Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan bidang yang aku pilih sudah tentunya Tindikan Matematik since aku memang tak nak berpisah dengan matematik. tapi tadi kat Facebook, ramai budak2 yang SPM dapat 9A+, mengada-ngada nak cancel permohonan JPA diorang demi nak apply MARA. aku agak kebaraan jugak sebab ini bermakna persaingan untuk dapat pinjaman MARA dah sengit. dan aku bukanlah tergolong dalam kategori 9A+ ni. so agak sedih ah sebab ada rasa yang sia-sia je aku hantar permohonan tu. tapi, mana tau kan? moga-moga Allah bagi rezeki tu kat aku. :')

but

IF aku tak dapat program tu, tak payah habaq apa dah, aku memang pi form 6, study betul-betul balik, tak boleh main-main, dan aku rasa bagus jugak kalau time ni Super Junior dibubarkan (eventhough aku akan menangis air mata darah selama seminggu T_T) dan aku akan cuba untuk ubah perangai aku yang pemalas ni. score in STPM is better i think. lagi banyak peluang terbuka untuk sambung degree. haha tapi kena tunggu 2014 lar (eh, memang after dapat result la nih haha) :p

Program Ijazah Luar Negara (PILN)
Penajaan PILN di bawah anjuran JPA adalah juga terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan program persediaan (diantaranya STPM, A-Level, IB) yang tidak ditaja di bawah Bursary. Semua calon PILN perlu memenuhi syarat serta telah mendapat tempat di universiti terkemuka dunia.
Pelajar perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (on-line) melalui laman sesawang JPA, dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan 4 kategori dengan mengambil kira faktor ko-kurikulum, latar belakang sosio-ekonomi keluarga dan temu duga.
Permohonan boleh dibuat pada tahun 2014 nanti.

so ini bermakna, rezeki sentiasa ada walaupun yang kita mintak sekarang ni tak dapat. aku sepatutnya bersyukur sebab ada orang langsung tak boleh nak sambung study sebab masalah-masalah kewangan, peribadi dan lain-lain. sabar. itu sahaja yang aku perlu sekarang ini, kan? :)

QS. Al Baqarah (2) : 153 
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.



kan? hehe. amin, amin ya rabbal-alamin...mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan untuk aku berjaya di atas bumi ciptaan-Nya :)

time blajar kat skola dulu, langsung tak terfikir yang nak sambung study sesusah macam ni. langsung tak tahu pun macam ni. nanti, kalau betul la yang pengetua nak panggil budak2 cemerlang (kat sekolah aku dikira cemerlang hehe) bagi motivasi kat budak2 tingkatan lima tahun ni, serius, aku memang akan bagitau susah payah after dapat result nanti. dulu aku langsung tak didedahkan benda2 biasiswa ni sebab seumur hidup aku, aku langsung tak diberi biasiswa. kalaulah aku tahu akan jadi macam ni, mesti aku study betul2 sebab kalau difikirkan balik, dapat *A ni pun AKU BUKANNYA STUDY SANGAT. betul! asyik k-pop ja hari2. tu pun Allah<3 bagi rezeki yang sangat baik kat aku :')...andainya aku study betul2, tak tinggal segala ibadah *astaghfirullah-al-azim* ...mesti aku boleh dapat 10A+ ....pasti boleh sebab aku tau yang aku memang ada potensi tu tapi gatai takmau study sangat dulu sebab ingat nak seronok kat dunia ja, ni la akibat dia padan muka hang syaza. huhu.

yeah. itu kesilapan aku. yang jadi kekuatan aku untuk mula cuba berubah. harap-harap urusan aku dipermudahkan sentiasa. :) amin.

lots of love,







Thursday, March 22, 2012

RESULT SPM



tak berniat nak berlagak. sekadar ingin berkongsi berita gembira. alhamdulillah, semalam keluar result SPM. keputusan sangat2 mengejutkan....rasanya banyak pihak kot yang terkejut dengan apa yang aku dapat...dah lah tak penah masuk top ten. pastu, tiba2 lak potong budak2 top ten. huhu. amat tak expect. aku daripada semalam asyik kata, 'it's a miracle'. miracle. keajaiban. yes. rezeki yang ALLAH bagi ni, dah cukup buat aku percaya gila dengan kuasa DIA. kenapa aku kata keajaiban? okey, jom banding result trial aku dengan real spm result.


*sudah didelete kerana tempoh pameran sudah tamat hoho~*


shocking right? yea, aku pun terkejut beruk tambah korang pfft. hahaha.
but, dua perkara yang memalukan da terjadi semalam

1. aku nangis teruk kat atas pentas
2. aku kena trick dengan budak2+cikgu kt british council psl bagitau kt depan class pasal result aku padahal budak2 yg sebaya dgn aku tak de pun cerita result diorg kt depan klas. pfft.

ceit hahahaha. but ni semua akan jadi kenangan. bukan boleh ada dah ye dak?
yeah menda ni amat2 miracle. ALLAH ja leh wat miracle mcm ni....aku da macam putus harapan dah masa nak pi tu. target 3A...but...ALLAH bagi lagi *A kat aku...ya ALLAH...aku banyak sangat dosa...tapi DIA still bagi aku gembira.... :(( ...syukran ya ALLAH... x'(

oh yah, congrats for other candies too~ we did our best! batch 1994 cekang! weeee~~

p/s: pagi tadi bangun awal. cepat2 cari slip nak tengok takut2 tu semua mimpi. alhamdulillah ;'))

*tanda update. sudah diprivasikan :) nak tengok? sape suruh x jenguk blog ni awal2 hoho~ ^^

lots of love,